Panduan Beli Domain .COM Termasuk Whois Guard Semurah RM5

Ingin beli domain .com termasuk Whois Guard serendah RM5? Syaratnya mudah sahaja. Anda hanya perlu ada kad kredit, kad debit yang boleh digunakan untuk pembelian online, ataupun PayPal. Ini kerana, penyedia domain yang akan saya nyatakan nanti adalah penyedia domain antarabangsa.

Oh, satu lagi, harga yang ditawarkan ini juga hanya sah untuk pembelian kali pertama dengan penyedia domain ini.

Penyedia domain yang dimaksudkan ialah 1&1. Klik sini untuk ke laman web penyedia domain ini.

Cara membuat pembelian domain di 1&1

Sebaik tiba di laman web 1&1, anda akan disambut dengan paparan yang membolehkan anda mencari domain .com yang dikehendaki.

Beli Domain Murah 1&1

Masukkan domain yang ingin dicari dalam ruang ini dan lihat ketersediaannya. Jika tersedia untuk didaftarkan, klik continue.

Beli Domain Murah 1&1 2

Klik continue sehingga muncul paparan ini. Jika anda perhatikan, terdapat terma ‘Including Free Private Registration’. Inilah juga yang dipanggil sebagai Whois Guard oleh sesetengah penyedia domain.

Beli Domain Murah 1&1 3

Seterusnya, klik continue untuk daftarkan akaun baru anda dengan 1&1 ini.

Beli Domain Murah 1&1 4

Anda boleh memilih untuk mendaftarkan domain ini untuk tujuan bisnes ataupun peribadi. Jika untuk tujuan bisnes, anda akan perlu memasukkan nama bisnes dalam ruang ‘billing information’ ini.

Beli Domain Murah 1&1 5

Pilih opsyen ‘Recommended: Register your eligible domain(s) privately’. Kemudian, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun 1&1 anda yang baru ini.

Beli Domain Murah 1&1 6

Klik pada ‘Continue to payment options’ dan anda akan dibawakan ke halaman untuk anda membuat pilihan kaedah pembayaran. Tentukan kaedah yang diinginkan dan buat pembayaran sehingga selesai.

Apabila pendaftaran domain anda ini berjaya, anda akan menerima emel daripada pihak 1&1 dan anda sudah boleh mula menggunakan domain yang dibeli.

Beli Domain Murah 1&1 7

Bagaimana dengan artikel ini? Ada cadangan syarikat penyedia domain lain yang boleh digunakan untuk membeli domain dengan harga semurah ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah ye 🙂

ps: jika anda lebih gemar untuk membeli domain daripada penyedia domain dan hosting tempatan, anda boleh rujuk dua artikel saya sebelum ini iaitu di sini dan sini.