Learning Is A Lifelong Process!

Life is a long journey and learning is a lifelong process. Tak mudah untuk menjadi mahir dalam sesuatu perkara tanpa kesungguhan dan sifat sentiasa ingin tahu. Ilmu yang dipelajari dan diketahui pula sukar untuk dikekalkan jika tidak sering menggunakan ilmu tersebut. Salah satu cara paling mudah untuk menggunakan ilmu ialah dengan berkongsikan ilmu dan pengetahuan kepada orang lain.

Learning Is A Lifelong Process

Inilah antara sebab saya memulakan blog ini. Saya ingin berkongsi pengetahuan dalam perkara yang saya mahir iaitu WordPress dan pembangunan laman web. Ini juga mungkin membantu diri saya sendiri dalam menambah ilmu sedia ada melalui perkongsian mahupun pertanyaan daripada pengunjung blog ini.

Satu objektif, banyak metod

Terlalu banyak aspek dalam pembangunan laman web dan tak mungkin saya mengetahui kesemuanya. Bagi mencapai ataupun menghasilkan satu-satu objektif dalam pembangunan web pula, tiada satupun jalan yang tetap. Objektif itu akan dapat dicapai asalkan setiap jalan ataupun metod yang diikuti itu berpandu pada prinsip yang sama.

Mungkin artikel pertama blog ini kelihatan seolah-olah saya berfalsafah. Namun saya pasti ada yang memahami maksud sebenar mengenai yang saya ingin sampaikan. Semoga dipermudahkan diri saya untuk terus menulis di sini.