Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 1)

Bagi memulakan sebuah web ataupun blog, domain merupakan antara komponen yang sangat penting. Domain secara ringkasnya ialah alamat kepada web dan blog kita di alam siber ini. Jika anda lihat pada bahagian paling atas browser ini, alimie.co | www.alimie.co | http://alimie.co merupakan domain ataupun URL bagi blog ini.

Jika anda menggunakan platform blogging percuma seperti di Blogger / Blogspot ataupun WordPress.com, anda akan diberikan domain (ataupun lebih tepat lagi subdomain) bagi digunakan sebagai alamat blog anda. Namun jika anda merancang untuk menjadikan blog anda kelihatan lebih profesional, penggunaan domain personal adalah digalakkan.

Domain personal yang dimaksudkan ialah domain dengan nama anda, ataupun nama bisnes anda sendiri. Sebagai contoh, penggunaan domain alimie.co ataupun alimie.com adalah lebih baik dan kelihatan lebih serius berbanding alimie.blogspot.com.

Ada 3 langkah penting yang perlu dilakukan dalam membeli apa-apa domain.

1- Senaraikan domain yang dikehendaki dan sesuai

Penting untuk anda menyenaraikan beberapa domain untuk dipilih. Contohnya jika anda merancang sebuah website ataupun blog untuk bisnes katering yang anda jalankan, anda boleh menyenaraikan domain-domain seperti kateringsaya.com, inikateringsaya.com, kateringsaya.my ataupun tempahkatering.net. Ini bagi memastikan anda tidak membuang masa untuk memikirkan domain lain sekiranya domain yang anda mahukan telah digunakan oleh orang lain.

2- Semak ketersediaan domain yang dikehendaki

Anda boleh menggunaan laman web mana-mana penyedia domain bagi menyemak ketersediaan (availability) domain yang telah disenaraikan. Cara paling mudah yang sering saya gunakan ialah menggunakan laman web NameCheap. Pada laman web NameCheap itu tadi, masukkan domain yang anda kehendaki dalam ruang carian. Domain yang tersedia untuk didaftarkan akan dipaparkan. (klik gambar untuk besarkan)

3- Banding beza harga dan buat pembelian domain

Ini langkah yang paling penting. Jika anda seperti saya, iaitu seorang yang tidak mahu membayar lebih untuk satu benda yang sama, saya akan membandingkan harga domain yang saya kehendaki ini di beberapa laman web.

Antara laman web penyedia domain lain yang anda boleh semak ialah GoDaddy, Netkl, YeahHost, serta ServerFreak. Jika anda merancang untuk membina sebuah blog self-hosted (dihos sendiri) dengan menggunakan servis daripada mana-mana penyedia hosting, kebiasaannya lebih berbaloi jika anda membuat pembelian terus kedua-dua domain dan hosting di syarikat penyedia yang sama. Ini kerana, kebanyakan syarikat penyedia domain dan hosting ini akan memberikan domain secara percuma jika pembelian hosting terus dibuat untuk tempoh setahun atau lebih.

 Sebagai contoh, ini plan hosting yang memberikan domain secara percuma. Plan ini disediakan oleh syarikat NetKL.

Pelan Hosting Percuma Domain NetKL

Artikel bahagian 2 nanti akan menunjukkan cara bagi membuat pembelian domain tersebut. Selain itu, anda akan diberikan beberapa tips bagi mendapatkan domain dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang dipaparkan semasa membuat semakan ketersediaan domain itu tadi. Moga bermanfaat ­čÖé