Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)

Anda telah melakukan tiga perkara yang dinyatakan dalam artikel bahagian 1? Jika sudah, kita teruskan dengan langkah untuk membeli domain yang dimahukan.

Sebaik anda membandingkan harga, anda perlu menentukan adakah anda turut memerlukan hosting? Jika anda merancang untuk menggunakan domain tersebut pada blog sedia ada, skip ke kaedah kedua (klik pada page 2 di bahagian bawah artikel ini). Dalam kaedah pertama ini, saya akan menunjukkan cara untuk membeli domain serentak dengan pembelian hosting dengan menggunakan penyedia yang sama.

Sebelum itu, bagi yang tertanya-tanya, hosting secara mudahnya ialah ruang yang akan digunakan bagi meletakkan fail-fail web dan blog anda. Jika anda menggunakan platform Blogger ataupun WordPress.com, ruang hosting telah disediakan oleh penyedia tersebut. Untuk blog yang ingin dihos sendiri (self-hosted blog), anda perlu mendapatkan ruang hosting terlebih dahulu.

Baik, kita teruskan ke kaedah pertama.

1- Membeli domain & hosting serentak daripada penyedia yang sama

Cara ini membolehkan anda mendapatkan domain yang dikehendaki secara percuma. Kosnya hanya digunakan untuk membuat pembelian hosting.

Antara penyedia hosting yang saya sering gunakan untuk kaedah ini ialah NetKL dan ServerFreak (NetKL lebih murah). Anda tidak perlu risau berkenaan disk space storage, monthly bandwidth ataupun features-features lain lagi setakat ini. Semua ini boleh ditambah apabila perlu.

Dalam contoh ini, saya menggunakan servis daripada NetKL dengan plan Hosting For Beginners > mySliver X. Plan hosting ini memberikan domain percuma untuk seumur hidup jika anda membuat pembelian dan memperbaharui plan ini setiap tahun.

1. Pilih plan yang dikehendaki dan klik Order Now
1. Pilih plan yang dikehendaki dan klik Order Now

2. Tick pada Register a new domain. Masukkan domain yang dikehendaki dan klik pada butang Check. Paparan yang menyatakan bahawa domain yang anda mahukan tersedia seperti ini akan muncul.
2. Tick pada Register a new domain. Masukkan domain yang dikehendaki dan klik pada butang Check. Paparan yang menyatakan bahawa domain yang anda mahukan tersedia seperti ini akan muncul.

3. Konfigurasi plan pilihan anda akan ditunjukkan. Klik Continue
3. Konfigurasi plan pilihan anda akan ditunjukkan. Klik Continue

4. Pada paparan ini, anda boleh memilih untuk melindungi maklumat pemilikan domain ini daripada dipaparkan kepada umum. Saya cadangkan agar anda tick pada ID Protection sekiranya anda menggunakan alamat persendirian untuk mendaftarkan domain ini. Jika anda ingin menggunakan alamat bisnes anda, anda tidak perlu tick pada tetapan ini kerana ia akan memudahkan bakal pelanggan anda menghubungi anda kelak. Klik Update Cart

5. Jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar akan ditunjukkan. Klik pada butang Checkout
5. Jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar akan ditunjukkan. Klik pada butang Checkout

6. Masukkan maklumat mengenai alamat persendirian / atau alamat perniagaan anda untuk digunakan bagi pendaftaran akaun serta pendaftaran domain. Tick pada kaedah pembayaran yang akan anda lakukan seterusnya tick pada I have read and agree to the Terms of Services. Akhir sekali, klik pada butang Complate Order.
6. Masukkan maklumat mengenai alamat persendirian / atau alamat perniagaan anda untuk digunakan bagi pendaftaran akaun serta pendaftaran domain. Tick pada kaedah pembayaran yang akan anda lakukan seterusnya tick pada I have read and agree to the Terms of Services. Akhir sekali, klik pada butang Complete Order.

Anda akan menerima emel yang mengandungi invois berkenaan pembelian anda ini. Jika anda membuat pembayaran menggunakan PayPal, anda hanya perlu menunggu maklumat berkenaan akaun domain dan hosting yang akan dihantarkan ke emel anda sebaik pembayaran anda berjaya. Jika anda membuat bayaran melalui bank transfer pula, adalah lebih baik jika anda menghantarkan bukti pembayaran kepada pihak penyedia domain dan hosting ini.

Selesai kaedah pertama. Kita teruskan dengan kaedah kedua pula iaitu membeli domain secara berasingan daripada hosting. Untuk kaedah kedua ini, saya hanya akan tunjukkan cara-cara memilih dan membuat pembelian domain sahaja. Syarikat penyedia domain yang akan saya gunakan ialah NameCheap. Klik pada page 2 di bawah untuk meneruskan bacaan.