Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)

Tips Mendapatkan Domain Dengan Lebih Murah

Tips pertama seperti yang telah dinyatakan dalam kaedah 1 sebelum ini ialah membeli domain dan hosting secara serentak. Ini akan membolehkan anda mendapatkan domain secara percuma. Bagi memastikan anda memperoleh harga dengan ciri-ciri terbaik untuk domain dan hosting ini, sentiasa semak harga daripada pelbagai penyedia domain dan hosting.

Tips kedua ialah, sentiasa cari dan gunakan kupon diskaun jika ada. Antara kod kupon yang boleh anda gunakan jika membeli domain dan hosting secara serentak di NetKL ialah diskaun (masukkan kupon ini di ruangan yang tersedia semasa checkout). Malangnya, kod kupon ini hanya boleh digunakan semasa membuat pembelian dengan plan berharga lebih RM100 sahaja.

Bagi pembelian di NameCheap pula, banyak kod kupon yang anda boleh gunakan. Hanya buat carian Google dengan terma ‘ namecheap coupon’ dan anda akan dipaparkan dengan banyak laman web yang menyediakan kupon-kupon ini. Antara laman web kupon yang boleh dipercayai ialah Groupon dan RetailMeNot.

Tips ketiga yang anda boleh gunakan ialah jangan hadkan diri anda pada satu-satu akhiran domain sahaja. Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk mendapatkan domain kateringsaya.com. Walau bagaimanapun, domain tersebut mungkin telah diambil oleh orang lain. Mungkin juga domain tersebut juga terlalu mahal untuk dimiliki seperti contoh domain dengan akhiran .com berikut yang mencecah harga ribuan ringgit.

Domain Premium

Terdapat banyak akhiran domain yang boleh digunakan antaranya ialah .net, .info dan .org. Malah, domain untuk blog ini juga hanya menggunakan akhiran .co setelah domain alimie.com telah diambil orang (sayalah orang itu, untuk digunakan di blog peribadi saya).

Tambahan pula, NameCheap turut menawarkan domain dengan harga serendah 0.88 USD / RM 4 dengan akhiran-akhiran berikut:

88 Cent Domain

Sememangnya, domain dengan akhiran .com lebih mengancam namun atas kekangan tertentu, tidak salah untuk menggunakan akhiran yang di luar daripada kebiasaan.

Tips terakhir, selain memastikan harga domain yang anda kehendaki tersebut rendah pada tahun pertama, anda juga perlu melihat kepada harga untuk memperbaharui pendaftaran domain itu pada tahun-tahun seterusnya. Sebagai contoh, dalam screenshot di atas, domain dengan akhiran .site hanya berharga 0.88 USD pada tahun pertama. Namun, pada tahun kedua dan seterusnya, anda perlu membayar sekitar 26 USD ataupun lebih RM 100 jika ingin mengekalkan domain tersebut.

Akhir kata, buatlah pemilihan yang bijak semasa ingin mendaftarkan domain yang anda mahukan 🙂