Panduan Beli Domain .COM Termasuk Whois Guard Semurah RM5

Ingin beli domain .com termasuk Whois Guard serendah RM5? Syaratnya mudah sahaja. Anda hanya perlu ada kad kredit, kad debit yang boleh digunakan untuk pembelian online, ataupun PayPal. Ini kerana, penyedia domain yang akan saya nyatakan nanti adalah penyedia domain antarabangsa.

Continue reading “Panduan Beli Domain .COM Termasuk Whois Guard Semurah RM5”

Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)

Anda telah melakukan tiga perkara yang dinyatakan dalam artikel bahagian 1? Jika sudah, kita teruskan dengan langkah untuk membeli domain yang dimahukan.

Sebaik anda membandingkan harga, anda perlu menentukan adakah anda turut memerlukan hosting? Jika anda merancang untuk menggunakan domain tersebut pada blog sedia ada, skip ke kaedah kedua (klik pada page 2 di bahagian bawah artikel ini). Dalam kaedah pertama ini, saya akan menunjukkan cara untuk membeli domain serentak dengan pembelian hosting dengan menggunakan penyedia yang sama.

Sebelum itu, bagi yang tertanya-tanya, hosting secara mudahnya ialah ruang yang akan digunakan bagi meletakkan fail-fail web dan blog anda. Jika anda menggunakan platform Blogger ataupun WordPress.com, ruang hosting telah disediakan oleh penyedia tersebut. Untuk blog yang ingin dihos sendiri (self-hosted blog), anda perlu mendapatkan ruang hosting terlebih dahulu.

Baik, kita teruskan ke kaedah pertama.

Continue reading “Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)”

Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 1)

Bagi memulakan sebuah web ataupun blog, domain merupakan antara komponen yang sangat penting. Domain secara ringkasnya ialah alamat kepada web dan blog kita di alam siber ini. Jika anda lihat pada bahagian paling atas browser ini, alimie.co | www.alimie.co | http://alimie.co merupakan domain ataupun URL bagi blog ini.

Continue reading “Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 1)”