Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)

Anda telah melakukan tiga perkara yang dinyatakan dalam artikel bahagian 1? Jika sudah, kita teruskan dengan langkah untuk membeli domain yang dimahukan.

Sebaik anda membandingkan harga, anda perlu menentukan adakah anda turut memerlukan hosting? Jika anda merancang untuk menggunakan domain tersebut pada blog sedia ada, skip ke kaedah kedua (klik pada page 2 di bahagian bawah artikel ini). Dalam kaedah pertama ini, saya akan menunjukkan cara untuk membeli domain serentak dengan pembelian hosting dengan menggunakan penyedia yang sama.

Sebelum itu, bagi yang tertanya-tanya, hosting secara mudahnya ialah ruang yang akan digunakan bagi meletakkan fail-fail web dan blog anda. Jika anda menggunakan platform Blogger ataupun WordPress.com, ruang hosting telah disediakan oleh penyedia tersebut. Untuk blog yang ingin dihos sendiri (self-hosted blog), anda perlu mendapatkan ruang hosting terlebih dahulu.

Baik, kita teruskan ke kaedah pertama.

Continue reading “Bagaimana & Di Mana Untuk Mendapatkan Domain Dengan Harga Murah (Bahagian 2)”